So setelah beberapa tahun blog aku ni menyepi.. Akhirnya aku ada idea untuk update entri yang terbaru ni muahahaha last masa 2016 aku update, nampak tak betapa sepinya blog ini. Jadi untuk entri kali ni bukan pasal masak-masak la hahaha. Since aku pun dah habis belajar di matrik kan, so aku rasa apa kata aku bagitahu pengalaman aku sepanjang berada di matrikulasi ni.
Meh aku cerita daripada mula. Aku apply matrik mula-mula memang aku target nak masuk matrik tu sebab tu pilihan kedua aku. Sebab masa isi upu dulu tu aku letak Asasi TESL as my first choice.. Haih.. hahaha dapat la tawaran interview tu but.. you know.. pergh memang hancur masa interview tu. ( Nanti aku buat entri yang lain? kalau ada orang nak aku cerita pasal pengalaman aku masa interview TESL setahun yang lalu hahahaha)
Then at first, aku dapat matrikulasi kat Pulau Pinang tau, walhal aku tak pernah apply pun kat sana. Ah buat pengetahuan korang, aku ambik course perakaunan tau, so pasal sains punya course aku tak tahu. Ok sambung, so.. padahal masa apply untuk matrik dulu tu aku apply kat Selangor, Negeri Sembilan ngan Melaka je, sebab aku taknak pergi jauh-jauh hahaha πthen sebelum tahu keputusan matrik tu dapat kat mana, memang mak aku ada cakap yang kalau budak-budak akaun ni ramai yang dia hantar kat Perlis ngan Pulau Pinang. So i think sebab tu kut aku dapat kat sana. Then aku mintak tukar kat Negeri Sembilan. Alhamdulillah dapat tukar..
So aku ada la jugak en search pasal matrikulasi ni, macam pengalaman ke daripada blog-blog yang ada senior-senior matrikulasi ni buat entri pasal matrikulasi.
Masa aku daftar mula-mula masuk KMNS ni masa tu bulan puasa tau, so macam rasa sedih la gak en sebab tak dapat nak berbuka ngan family sama-sama kat rumah. Masa tu macam pertengahan bulan Ramadhan? ntahla aku tidak ingat tarikhnya, tapi yang aku ingat hujung bulan Mei. macam 24/25 Mei macam tu. Haaa masa tu daftar hari Khamis.
Pastu en, macam dah nak masuk simpang ke KMNS tu kan kat pekan tu kan masa first time datang, macam tiba-tiba aku rasa sebak lol. Aku rasa sedih tiba-tiba ππ tiberr. Aku pun tahan je la en air mata daripada mengalir (ayat macam apa tah) then sampai la kat KMNS.. Pergi daftar kat area Kafe A . Lepas dah settle bahagian pendaftaran, pergi la kat bilik tv Blok A1, dia suruh bagitahu nama ngan nombor IC pastu nanti dia bagitahu aku dapat blok mana. haha. Aku dapat blok yang paling jauh antara 3 blok.
Blok (Tempat tinggal korang)
Kat KMNS ni kita ada 3 blok, iaitu blok A, blok B (untuk lelaki) dan Blok C. Blok A ngan C ni blok untuk perempuan tau. Pastu satu blok ni ada la blok lagi, contohnya blok A ni dia kat area depan depan tu tau, untung la korang nak pergi kelas kat dewan kuliah pun dekat je, boleh baring-baring lagi sementara tunggu kelas start. Pastu dia ada 5 blok. Blok A1, A2, A3, A4 dan A5.
Macam blok B pulak pun sama, daripada B1 ke B5. But blok B1 ni dia tak ada penghuni tau yang duduk. Aku tak tahu kenapa π So untuk lelaki dia akan start daripada B2 sampai B5.
Pastu blok aku ni, blok C. Aku dapat blok C1. haha. Blok ni en kena panjat tangga yang tinggi ngan banyak tau. Kitorang panggil tangga ni batu caves ππ Sebab apa? sebab tangga tu la ,lol tapi kadang dia macam curam sikiiit. Yang kena naik tangga ni untuk C1, C2 ngan C3. Tapi kadang-kadang budak blok C3 ni dia naik bukit je sebab dorang malas naik tangga batu caves tu. Depends la en kat orang tu nak naik tangga ke bukit ke terowong ke apa lol. Pastu blok C4 ni pulak macam dipisahkan dengan jalan raya sikit sebab blok C4 ni dia dekat sangat ngan cafe C. Turun je bawah jalan kaki dua tiga tapak dah sampai kafe. Ha yang paling sadis siapa yang dapat blok C5 la. sebab dia kat penghujung dunia lokasi dia kahkahkah. Budak-budak C5 ni dia kena jalan jauh sikit. Tapi en, aku ada la baca kat twitter ke internet en dia kata yang blok C5 tu dia baru guna semula start daripada batch aku sebab dah dua ke tiga tahun eh blok tu tak digunakan... Then, blok C5 ni jugak ada kisah dia tersendiri tau, tapi untuk blok C5 ni dia tak guna aras 1, kat belah Wing A ke Wing B dorang pasang gril kat aras satu tu, sebab ada kes dulu. Adalah kes dia, maybe korang akan tahu pasal tu lepas korang dah masuk sana or ada je rasanya orang buat thread pasal blok C5 tu en kat twitter, aku pernah baca, tapi baca intro je ππ sebab aku taknak baca benda-benda macam tu and aku kan kat KMNS lagi masa tu,so aku elakkan diri aku daripada tahu semua cerita hahaha takut la jugak, but kena hadap la en..
Cafe & Pasar Malam (Tempat korang pi makan)
Haaa kat kmns ni ada 4 kafe, kafe A, B, C dan D. Kafe yang paling aku suka adalah kafe D ππ . Makanan kat kafe D banyak pastu sedap. Aku selalu beli waffle kat situ. Haish, rindu waffle inti planta + kaya kat situ huhuhu.. (I recommend inti planta + kaya, dapdap π€€ ) Pastu harga kat kafe D jugak murah kalau dibandingkan dengan kafe A. Kafe A ngan kafe D tau yang selalunya pelajar pergi kalau nak makan tengahari ke breakfast ke.. Sebab kalau kafe B tu kat blok B, pastu kafe C pulak kat bukit tu pulak kena daki, so memang kebiasaannya kitorang makan kat dua kafe tu la, sama ada A or D. And pasal harga makanan.. Memang kafe D lagi murah. Haa kalau waffle en, kat kafe D memang banyak perisa, kalau kat kafe A dua perisa je, peanut butter and chocolate.
Contohnya en, kalau ayam gunting kat D, harga dia RM 6.00,sosej cheese RM 3.00, sosej biasa RM 2.50, pastu waffle RM 2.60, nasi ayam RM 4.50 (kalau bungkus,kalau makan sana RM 4.00). Kalau kat kafe A, ayam gunting (RM 7.00), sosej cheese (RM 4.00), waffle (RM 3.00, satu flavor, dua flavor RM 3.50) and nasi ayam (RM 5.00)
Tu contoh je eh, bukan nak burukkan apa just bagitahu la perbezaan antara dua kafe tu, but setiap kafe ada la keistimewaannya tersendiri kan. No hard feelings okay..
Pastu en, setiap hari Rabu je, mesti ada jual-jual makanan kat kooperasi. Dia ada jual makanan bergoreng, macam nasi goreng, maggi goreng, mee goreng.. Pastu ada yang jual burger goreng, cendawan goreng, ayam goreng, wedges goreng, udang goreng.. Pastu dia ada jugak jual yong tau foo, pisang goreng, popia cheese ngan laksa penang. Haa semua aku senaraikan πππ
Pastu kadang-kadang ada dorang bawak masuk pasar malam tau dalam kmns, ni keistimewaan kmns tau. Kolej lain tak buat tau, kmns je yang buat. Panggil pasar malam or kesba. Dia ada la jual macam-macam daripada petang sampaila malam. Boleh la en korang shopping makanan kat sana memandangkan tak boleh beli kat luar or pergi keluar masa malam en.
Kelas (Tempat korang belajar)
So tempat korang belajar adalah di kelas tutorial, dewan kuliah dan sekitar One Stop Centre (OSC) . Dewan kuliah ada 8. Dewan Kuliah 1 - 6 ada kat sekitar library, untuk dewan kuliah 7 ngan 8 ada kat sekitar blok tutorial 3. Blok tutorial ada 3, 1-3. Blok tuto 1 sama dengan blok tuto 2. Blok tuto 3 dia jauh sikit, sebab dia bangunan baru. Pastu untuk budak-budak sains akan guna la lab. Lab tu aku tak tahu ada berapa banyak, but dia ada tiga tingkat, 3 bangunan untuk lab.
Kalau aku en, aku course accounting, so aku akan bagitahu macam mana jadual aku. So masa sem 1, subjek yang elektif kitorang amik adalah PAM ngan Pendidikan Islam. Untuk sem 2 , kitorang tak amik dah subjek tu, kitorang amik Kokurikulum. So, masa sem 2 jadual lagi tak pack daripada sem 1 (untuk kelas kitorang) Subjek yang wajib amik adalah, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi ngan Matematik. Tu subjek yang memang korang amik untuk budak akaun, 4 subjek tu yang korang akan amik untuk final exam. Untuk subjek ni en, dia kira 60% daripada final exam, 40% tu daripada markah pb, so korang skor la leklok untuk markah pb tu. Markah pb (penilaian berterusan) tu dia ambik daripada buat assignment tu la, ada yang amik daripada markah kuiz,so.. skor leklok okey.. Insyaallah boleh dapat 40 markah dah dalam tangan, so nanti masa final exam nanti korang boleh target la berapa markah yang korang boleh hilang untuk dapat A, tapi lagi elok kalau korang skor semua je la en, insyaallah dapat 4 flat. Kat matriks ni korang kena rajin dan berusaha, kalau korang malas memang korang fail. Kalau malas tapi genius pastu still dapat 4 flat tu lain citer ah ππ
Subjek English pulak memang semua wajib ambik, tak kisah la budak sains ke akaun ke, memang semua kena amik, sem 1 dan dan sem 2. English subject is fun okay, but kalau suruh buat writing tu aku tak berapa suka huhu, and of course, untuk Muet exam korang gak..
Aku bukanlah budak pandai yang dapat 4 flat, aku just student yang average, beshe beshe je, tulah sebab apa, sebab aku main-main , bila dah nak exam, seminggu sebelum tu baru gigih nak study kau lol, tolong jangan contohi aku plis. Memang masuk sem 2 rasa berkobar-kobar tak nak ulang kesilapan yang lalu di sem 1, but.. hahahahahahahahha aku rasa macam.. dalam otak aku nak balik je kahkahkah, roh dah ada kat rumah,bukan kat kmns ππππ tapi tulah , apa-apa pun korang kena struggle duk sini. Kelas pun start pukul 8 pagi sampai la 4 petang, pack wei.. Memang pack, so korang kena pandai uruskan masa di sana. Nak buat hw bila, study bila,berhibur bila bla bla bla..
Pensyarah kat sini pun bagus-bagus , so kalau korang ada benda yang tak faham ke apa, boleh pergi ke Unit untuk berjumpa dengan lecturer and tanya apa benda yang korang tak paham.
Classmate & Roommate
Haaa kat situ en, korang akan kekal bersama dengan classmate korang selama 2 semester. Dari hari pertama sampai la last day korang kat sana. Basically, memang korang akan jadi rapat la dengan dorang. Memang la first day macam krik krik je en, tengoklah nanti beberapa minggu korang dah rasa macam dah kenal lama padahal baru berapa minggu. Tapi tu lah, macam aku .. aku kat sana org yang aku kenal memang aku tak kenal sesiapa. Sebab yang ada dari sekolah aku pun 2 orang je. Kenal tu kenal, tapi setakat kenal nama ngan kelas je la masa kat sekolah dulu pun. So, can say like aku ni lonely kat sana hahaha. But then kenal ngan classsmates, okay la. Since aku pun bukan orang yang bersosial, yang aku kenal ngan bercakap pun ngan classmate aku je lah, kelas lain aku tak bergaul,kenal muka ngan nama ada la, cuma nak bertegur sapa tu macam.. hmm..
Pastu.. Roommate.. So far.. sepanjang aku duduk kat situ bersama roommate aku, okay je. adalah jugak dengar cerita yang ada setengah orang tak berapa ngam ngan rumet sendiri en, mcm ada gaduh-gaduh la, tukar bilik lain tak bagitahu rumet la, pastu tinggal dia sorang, citer macam tu yang aku dengar.. Nasib baik la sepanjang aku kat kmns, perkara macam tu tak berlaku kat aku walaupun aku tak rapat sangat ngan dorang. Macam biasa biasa je, aku senyap je dalam bilik tu, tak cakap banyak sangat pun. Sebab, aku memang macam tu hahaha but kalau ngan orang yang aku memang betul dah kenal lama aku okay je, i mean.. macam kalau kau kenal orang tu dah lama kau bising je en, ha kira macam tu la. Sebab aku jenis yang macam tu. Ah, apa-apa je lah. Kalau kau kamceng gila ngan rumet kau maybe kau akan okay je la en ngan rumet korang.
So basically. sebilik akan ada 4 orang, but macam bilik aku ada 3 orang je, tapi ada je yang sebilik 2 orang, pastu aku rasa ada jugak yang tinggal sebilik sorang.. Terpulang la dorang letak sebilik berapa, tapi takde lah sebilik sorang je. Macam kat bilik aku ada kes gak. Ada tikus hahah.. but berjaya diatasi, masuk sem 2 dia tak datang dah.
Tikus tu first time aku jumpa masa bangun je tidur aku tengok macam ada besar kat atas belakang langsir, warna gelap. Aku macam, takde pape kut,pastu macam bila bangun nak study kat meja belajar tu, tiba tiba aku macam nampak benda lalu kat bingkai tingkap tu, searas ngan aku punya meja study. Pastu aku macam, apa benda tu, aku macam dapat agak apa benda menatang tu, pastu aku nak check betul ke tak en, aku pi jenguk kat belakang rak buku atas meja aku, pastu bawah meja aku.. haa sudah, tikus.. pfttt.. aku prepare awal-awal, aku ambik tudung sebab nak keluar en just in case, pastu aku pun cakap kat rumet aku...
"weh, aku nampak tikus,"
Rumet aku yang 1, dia kata whatt, pastu yang ke 2 tak dengar sangat sebab dia pakai earphone, so aku ulang lagi,baru dia dengar. Yang ke 2 ni dia geli ngan tikus, dia macam freak out gila kahkahkah.. sama je ngan yang 1 tu, tapi compare dua orang tu, yang 2 tu macam lagi penakut sikit.
Pastu mulalah kisah tikus dalam bilik kitorang hahahah, tapi dia attack almari rumet aku yang ke 2 tu, masuk dalam almari dia la, makan maggi ππ biskut , makanan dia la yang dia target, beg pun dia punya tali tu dia gigit. Salah satu faktor sebab tikus tu masuk almari dia ,maybe sebab dia tak kunci almari dia, kunci almari dia rosak.
Pastu en, ada satu hari tu kitorang ingatkan tikus tu dah bla tau, rupa-rupanya ada lagi dalam almari kat baju dia hahahaha sebab masa goyangkan almari tu ingatkan dah takde dah ππ ha dorang dua menjerit pastu yang si 2 tu dia jauhkan diri daripada almari dia sampai pintu almari sebelah tercabut kau πππ tikus tu lompat keluar daripada almari then pergi keluar ke lubang yang dia selalu masuk. Kitorang dah sumbat kertas dah kat lubang tu sebelum ni, pandai tikus tu cabut eh ππ
Tapi alhamdulillah la naik sem 2 dah tak muncul dah tikus tu. Rumet aku siap ajak lagi pindah bilik sebelum naik sem 2 tu kahkahkah.. Tapi en, bagi aku la en, tandas kat aras wing aku tu adalah tandas yang paling bersih la antara tandas kat asrama tu, bagi aku la, sebab dia punya tandas bersih la jugak, kalau macam kat tandas lain macam kotor.. Ada mangkuk la bekas makanan la duk letak kat tepi sinki, apa function tah aku tak tahu, tak reti ke nak basuh terus, tu yang aku tak paham ngan manusia macam tu. Aku pernah pergi tandas kat blok classmate aku, memang masa aku pergi tu ada tau spender rendam dalam baldi kecik kat sinki tu. Pastu lepas beberapa minggu aku datang, ada lagi. Eww tak geli ke ._. Pastu biarkan bekas makanan kat sinki,tak basuh, pastu sinki kotor sebab kuah maggi yang berminyak, lauk-lauk yang macam bawang ke apa biar je tersumbat kat situ ._.
Masyaallah.. Tolonglah, siapa yang nak duduk kat asrama nanti, jaga la kebersihan diri, tandas, bilik korang pun jaga, kalau tak jaga, kang nanti menyusahkan orang jugak, ngan diri sendiri gak.. Bagi perempuan pun.. Aku nak pesan kalau sampah pad tu tolong buang kat tong sampah yang disediakan.. Ni tak, dia pergi biar plastik pad tu kat tempat sabun shower. Nak masuk mandi pun rasa geli tau tak.. Tsk Tsk Tsk.. Tolong sangat-sangat jaga..
Pastu kat bilik aku banyak cicak weh. Besar cicak-cicak kat sana ππ Tapi tu lah jenuhnya nak bersihkan tahi cicak tu.. Pernah dua kali cicak berak atas aku, masa aku tengah belajar kat meja study. Dia melekat kat dinding atas tu ,pastu plop! wah wah wah, fresh weh dia pi berak atas aku.. tak pasal kena carut ngan aku π€ pastu aku pernah tengok gak dia buat gimnastik ππ jatuh daripada siling kat atas tali ampaian , berjalan atas tu lol π tapi eish memang cicak suka berak kat lantai kat tepi celah almari... Dia berak gak atas jam akuuu... s****** punya cicak π€ dua kali... eeeeish
Event di KMNS
Ha pasal ni pulak, kat kmns ni memang banyak tau event, ada la akan buat pertandingan la, pastu macam ada teater, the voice la (utk minggu bahasa) , pastu macam kalau raya cina, ada la buat sambutan hari raya cina, ponggal, hari kemerdekaan, deepavali, majlis persaraan, fun run la apa la, memang ada banyak , pastu ada jugak yang buat movie night.. biasanya event ni dia buat masa malam la, macam fun run tu dia buat la weekend, movie night tu dia buat jumaat malam, tengok movie, macam wayang la en kiranya.. pastu aktiviti pun banyak yang korang boleh join, nak tunjukkan bakat pun ada, menyanyi ke menari ke apa boleh la pergi audition.
Pastu yang minat sukan, nanti ada kakom, ha boleh la join masuk tunjukkan semangat kesukanan anda, ada yang bertanding sampai kebangsaan tau. Banyak je sukan yang korang boleh join, jadi wakil kolej ke, tanding antara kolej kolej lain. Kmns banyak menang tau haaa.. Bangga kit hahahah
Aku rasa sampai kat sini je la, dah berapa hari aku tangguh daripada nak post entri ni sebab tak siap tulis lagi, memang banyak nak tulis, tapi aku rasa aku akan cerita sampai disini sahaja la eh,, siapa yang dapat masuk kmns tu, tahniahhh, yang pilih matrikulasi untuk sambung belajar pun, tahniah aku ucapkan kepada korang. Semoga korang dapat survive dalam menjalani kehidupan korang di matrikulasi.. Good Luck ! \
P/s: kalau ada soalan nak tanya, boleh tanya, insyaallah kalau aku online, aku balas kahkahkah then aku ada nak bagi and jual nota-nota matrikulasi untuk course akaun kepada sesiapa nak mohon bagitahu.. Ada buku rujukan yang aku nak jual, ada yang aku nak bagi free macam nota-nota ke, untuk sem 1 ngan sem 2. Aku nak kosongkan rak buku aku.
Sekian,terima kasih :)
nah i belanja satu gambar kmns,
masa ni otw balik ke bilik
Ok, bye!