Monday, February 14, 2022

Pengalaman Mengambil Lesen Memandu Kereta (D) dan Motor (B2) [4 Kali Repeat weh!!] - 2021/2022

 Assalamualaikum semua,


So untuk entri kali ini, I want to tell you guys about my experience mengambil lesen memandu, iaitu lesen kereta manual (D) and also motor (B2). Finallyy weh, huhu selepas 4 kali repeat bahagian 3 jalan raya untuk kereta, akhirnyaaa aku passed jugak test jpj dia. ALHAMDULILLAH! HAHAHA okay, moh le kita ke topik asal.

So, aku start amik lesen memandu ni since April 2021. Almost 1 year lah jugak nak setel lesen ni lagi-lagi sebab covid-19 lagi en. Asyik lockdown je haritu, so ada la jugak makan masa kat situ. Harga bayaran untuk lesen D ngn B2 ni total RM 1,500 tau, tapi kan hahaha aku nyesal amik lesen D. Kononnya nak murah la kan, HAHAHA last-last kali aku rasa lebih RM 2,000 lebih jugak sebab asyik repeat. Aku terpikir jugak, kenapa lah aku tak amik lesen DA je, walaupun RM 1,600 - 1,700 pun takpe, mesti dah lulus huhu. Dah la bayar guna duit sendiri. Haih, tapi benda dah lepas dan sudah terjadi kan, nyesal pun tiada guna, kenalah hadap. Ni pun nasib baik lulus, dah lepas dah beban. Berliku-liku jugaklah pengalaman aku nak dapatkan sekeping lesen ni hahahaha.

KPP01 D & B2;

Pastu, dalam bulan May centu start KPP01, yang ceramah 6 jam tu, memang lama. Tapi since aku amik dua-dua, so jadi double lah masa dia, 12 jam hahaha. Dah la aku sorang-sorang je, takde kenalan apa. Pergi je lah survive sorang-sorang sana hahaha. Especially motorlah, sebab aku perempuan, so mostly banyak lelakilah yang amik lesen motor ni en. Aku amik lesen motor ni sebab nak belajar bawak motor tau, sebab cam aku nak tambah skill lah, memang cam taknak mula-mula sebab pikir mesti banyak laki tapi aku cam, aku nak dapatkan lesen motor jugak, segan kat laki tu letak tepi hahaha. Pastu amik lesen D pulak sebab nak ada skill bawak dua-dua jenis kereta, sebab kalau belajar manual kan boleh reti bawak kereta auto. Ha gitulah tujuan aku, alhamdulillah lah dah tercapai, sekarang tunggu lesen siap je ni.

Lepas dah datang ceramah 12 jam tu, maka startlah ujian berkomputer. Kalau motor kereta, soalan kena jawab 70 soalan, kalau amik motor/kereta sahaja hanya 50 soalan tak silap aku. Alhamdulillah, ujian berkomputer aku lulus 70/70 full mark hukhuk, bangga jap. Tak sangka pun sebenarnya, sebab rasa cam tak yakin, paling kurang pun 65 aku target. Alih-alih dapat full mark, syukurr. Untuk ujian berkomputer ni aku practice jawab soalan melalui app kat google play store je, nama app tu "KPP01 - Ujian KPP JPJ Malaysia" ada je banyak kat play store boleh cari, jawab soalan situ je semua. Then after dah lulus ujian berkomputer, korang pun dapatlah lesen L. Boleh dah start buat latihan praktikal untuk kereta. Kalau motor, KPP02 dia ada lagi ceramah hahahaha parah betul. Tapi cam dia start kul 9 pagi nanti kul 12 lebih break, and kul 1 lebih KPP02 dia akan bagi kita bawak motor tulah, dia akan bagitahulah, ni bahagian litar, ada 6 benda yang korang kena buat, gagal sekali gagallah semuanya.

LESEN B2:
Okay aku cerita pasal motor dulu. KPP02 motor ni aku tak ingat bulan berapa tapi rasanya cam bulan 8. Pengalaman yang aku takkan pernah lupa, sebab..... hahahaha ianya agak frustrated, bengang pun ada, sedih pun ada. Sebab apa? Kan macam aku cakap tadi, KPP02 motor ada ceramah ngn praktikal sekali kan, part praktikal tu lah hahaha lemah betul aku. Aku ni dah la pernah bawak motor pun sekali, tu pun tahun bila, bawak pun noob gila. Pastu bila cikgu M tanya, awak reti bawak motor tak, aku cakap jelah aku pernah bawak sekali je. Dia cam assume aku reti bawak terus, salah aku jugak sebab aku tak cakap aku tak reti bawak.

Lepas cikgu A dah bagi taklimat pasal RSM dia kata, "Okay, kamu semua boleh amik motor masing-masing,"Haaa sudah, aku cam cemas jap, dah suruh bawak motor dah ke? tengok orang lain rilek je start motor, bawak keluar motor apa semua. Aku ni,.. was was nak start, aku duduk atas motor dulu hahaha, pastu start motor, hidup dah. Okay time nak bawak motor tu keluar, kan kena undurkan motor kan, berat weh motorr, ya allah kekok gila aku HAHAHAHA nampaklah tak pernah bawak motor. Aku pikir dia akan ajar, tapi tulah, aku pun duk senyap je tak cakap, cikguuu saya tak reti bawakk sksks. Memang siapa yang amik lesen tu semua dah biasa bawak motor, itulah hakikatnya hahaha. Dah la waktu tu 2 orang je perempuan termasuk aku, yang lain laki. Pompuan yg lagi sorang tu walaupun kecil-kecil cili padi, memang pro bawak motor aku perati hahaha, sumpah aku sorang je tak reti bawak.

Nak dijadikan cerita, dia suruh 2 orang perempuan beratur depan sekali, first halangan Titi. Hahaha pastu aku bagi orang lain buat dulu sebab aku tak reti. Aku tak ingat, tapi rasanya aku turn 4-5, first memang naik pastu tak reti balance, jatuh titi lah aku hahaha. Pergi pulak ke halangan kedua, Kon atau dipanggil Slalom. Takyah cakap dah tahu, hancus aku buat hahaha, pusing pusing langgar kon. Pastu cikgu M (cikgu ni yang uruskan lesen aku, sebab dia dulu ajar kakak aku jugak) dah pandang aku semacam dah. Terus cakap, "Awak ni lemah ni,"

Next halangan ketiga, emergency break. Aku bawak cam biasa je, tak laju pun. Rasa ni je yang normal bagi aku hahahaha. And then, halangan keempat, laluan tidak rata atau yang bonggol-bonggol tu. Hahahaha yang ni aku langgar habis, separuh dapat naik pastu belok ke kiri, keluar daripada laluan tu hahahahaha. Cikgu M komen lagi cakap aku lemah kena banyak practice, nada dia cam, bukan marah, tapi cam, ish awak ni memang lemah, centu. Memang masa tu aku rasa cam, ah lantaklah asal aku buat je benda tu, cepatlah aku nak balik.

Pastu halangan kelima, pusingan 8. Yang ni aku rasa okay tapi dia jadi gagal, sebab aku jatuh kaki rasanya. Menggeleng lagi kepala cikgu M tengok aku. Halangan keenam, selekoh tajam. Yang ni, aku pun hancus sebab kekok nak belok-belok ni, hampir langgar divider dia rasanya hahahah. Haaaa pastuu, kan dah sampai kat tempat mula tu, cikgu M tiba-tiba cakap kat aku, "Cuba awak tengok dia buat apa,"

Aku pun toleh lah, ya allah aku lupa nak lalu kat bulatan tu sebab lepas selekoh tajam tu patut lalu satu bulatan baru sampai, tapi aku lupa, first time kan. Aku pun cam gelak sikit sebab lupa, cakap "Haah ye lah, saya lupa nak buatt,"

Cikgu M pun, tiba-tiba cam tegur,"Tengok apa yang dia buat tu, jangan nak gelak, tengok!"

Aku pun terdiam, tengok balik orang-orang tu buat bulatan. ;D dalam hati, </3 nak nangis dah aku sebab kena tegur hahahaha.

Dah selesai KPP02 motor haritu, aku memang senyap je. Sebab aku tahan daripada nak nangis sebenarnya. Sebab pergi balik institut memandu tu Cikgu M yang duk amik hantar aku. Balik ke kereta tu, dia tanya, "Tadi okay ke?" Aku malas nak cakap banyak, aku cakap jelah "Okay," Pastu dia ada lah cakap aku ni memang kena practice banyak kali sebab aku ni lemahh sangat tadi. Pastu ada aku balas kat dia, and then sepanjang perjalanan balik tu memang senyap jelah. Rasa kecewa ngan diri sendiri ada, sedih ada sebab cikgu tu kata centu gak. Balik jadi murung hahahah duk teringat-ingat part aku duk memalukan diri sendiri masa kelas tadi.

Then mulalah kelas nak practicenya, tapi sekarang ni kalau dah cukup 2 jam pergi kelas boleh dah amik test jpj. Dulu setahu aku 6 jam sebab member aku bagitahu. So, kelebihan kat orang yang dah reti bawak motorlah sebab boleh amik test jpj cepat, bagi aku better 6 jam sebab aku ni bukan reti sangat pun bawak. So aku cam, 2 jam je ke? pastu test jpj terus? Cepatnya. Tu yang aku tambah masa tu, rasa tambah masa RM15.00 kot, sebab tengok resit cikgu M bagi kat aku dulu harga centu. Memang banyak lah practicenya, bahagian jalan raya motor senang je, so aku more focus untuk bahagian litar. Adalah 3 kali motor tu jatuh titi, pastu sekali ngn motor tu tumbang sebab tayar bergeser ngn titi hahaha tu yang aku pun boleh jatuh sekali. Nasib aku cepat-cepat bangun masa motor jatuh tu, biar motor yang jatuh sebab aku taknak cedera. Belakang memang tak pandang, sebab malu gila jatuh hahaha aku abaikan mata-mata yang tengok, buat macam aku kat dunia sendiri teruskan practice.

So, bulan 11 2021 aku first time kena test jpj, tak ingat tarikh tp bulan 11 lah. First time test jpj motor, bahagian litar aku failed kat titi AHAHAHA. Sebab apa? Motor jatuh kat titi, maybe sebab nervous gila, pastu dah lama tak bawak lepas dah habis kelas tu. Tahu-tahu je dah jatuh. Jatuh yang cam aku cakap tadi, bukan jatuh biasa, motor-motor sekali jatuh. belakang-belakang so motor dah sedia hidup. Masa nak strat motor tu memang aku sorang yang terkial-kial kat situ, rasa mesti orang kata, pompuan ni start motor pun tak reti. Tapi aku tak hiraukan pun sebab gigih lagi nak start motor. Nak mintak tolong orang lain, malu pulak nak cakap kuat, awak, boleh tak tolong saya. Haahahaha las-last kali Cikgu H yang tolong hidupkan motor. Dia suruh aku start sendiri, tapi aku buat depan dia banyak kali tak hidup hahahaahha. Sekali dia suruh aku turun motor, haaaa sekali tunjah je weh motor dah hidupp, dia siap pulas minyak lagi AHAHAHAh aduiyai sendu betul aku. Tapi bersyukurlah dia tolong hidupkan ahahaha, terima kasih cikgu H. Bahagian jalan raya alhamdulillah la sekali lepas je. And kali kedua repeat, alhamdulillah syukurr pass jugak. Nasib baiklah pass masa kali kedua. Aku takut part kat slalom je, sebab aku lemah part tu, yang lain okay.

LESEN D:
Hahahaha panjang ni nak cerita pasal lesen kereta ni. Bare with me lah ya. Masa first class cikgu M dia ajar pasal RPK ngn RSM dulu, suruh hafal benda-benda tu dulu, then baru dia ajar bawak kereta. First time bawak kereta clutch takut-takut gak sebab kena pandai main clutch kan, kalau tak asyik mati je kereta tu. Mula-mula dia suruh biasa bawak pusing sekeliling institut tu dulu nak suruh biasa bawak kan. Pastu baru dia ajar part bukit, selekoh Z dengan S. First time biasalah mana pandai bawak, lagi-lagi bukit, memang terundur lah, nak balance clutch minyak lagi, aku dah la memang lemah bab bukit tu. Pergi ke selekoh Z, aku bawak sampai ternaik divider oii hahaha parah betul. Selekoh S boleh pulak bawak okay. Pastu kelas lain baru dia ajar parking sisi dengan tiga penjuru. Tapi turutan kalau amik manual ni masa test jpj nanti macam ni:
  1. Bukit
  2. Parking Sisi
  3. Tiga Penjuru
  4. Selekoh Z
  5. Selekoh S
Kalau auto, dorang mula dengan Ramp, lebih satu benda kena buat, selekoh Z, S pastu baru dorang buat Bukit, Side parking ngn Tiga penjuru.

Practice beberapa kali, pastu before dapat tarikh test jpj, kena buat QTI dulu. Aku masa buat QTI pass sekali je tau. Tang test jpj tulah yang ada sampai 4 kali weh repeat HAHAHA nilah yang nak ceritanya.

1st Time Test JPJ;
First time test jpj, bahagian 2, litar ni aku failed masa kat tiga penjuru. Bukit yang aku ghisau gila tu lepas setelah 2 kali mati atas bukit, bila nak turun tu. Side parking lepas, time aku rasa cam, aku boleh lulus ni, happy nak habis tiga penjuru dah en, ha sudah. Time nak gerakan ketiga, masa nak keluar tulah aku failed nya. sebab tayar kena garisan putih. Aduiyaii. Sikittttt je lagi, kalau tak pass dah. Apa lagi, dia suruh keluar kereta. Pastu terpaksalah keluar, buat bahagian 3, jalan raya pulak. Hahahah ni pun ada kisah dia. Time turn aku, aku masuk lah kereta. Dah buat RSM apa semua, dah nak gerak dah ni. Nak turunkan handbrake ni, haa ketat gila weh dia lock. Aku cuba turunkan tapi aku tak kuat mana, jadi aku struggle gila nak turunkan. Aku cakap kat pakcik jpj tu, "Handbrake ni tak boleh nak turunkan," Dia pun macam,"Buat kuat sikit," Aku cuba lagi, dia nampak aku struggle, dia pun tolonglah turunkan hahaha tq tq. Pastu barulah gerak, nak sampai ke traffic light dalam institut tu lepas 10 meter bergerak tiba-tiba bunyi titt... titt... Ha sudah bunyi apa pulak tu. Aku pulak gi berhenti, masa tu lampu hijau tau. Bodoh betul aku masa tu hahahaha. Berhenti sebab nak check bunyi apa, takut kereta tiba-tiba mati ke apa, duk pulas-pulas kunci kereta, hidup lagi. Pastu tak jumpa punca dia, aku teruskan perjalanan walaupun bunyi tu masih berbunyi. Time gerak tu pakcik tu kata, "Handbrake tu turun betul-betul," Aku pun macam, "OHH-" *turunkan handbrake betul-betul*. Patutlah berbunyi sebab tak turun habiss handbrake rupanya sksksk. Then teruskan lagi perjalanan, bila sampai simpanggg nak pergi jalan A tu, jalan dia cam berbukit tau, aku dah la lemah bahagian bukit-bukit ni. Aku tak dapat lagi nak cari tempo bila nak lepaskan handbrake tu. Time tu lah aku dah rasa cam balance minyak ngn clutch, gedebuk- Mati kereta, terundur belakang. Ha apa lagi, dia suruh aku turun kereta lah, tukar tempat duduk sebab dah failed. Patah balik ke institut memandu hahaha sendu betul.

Dia pun dah cakap dah,"Maaflah adik, saya dah tak boleh nak tolong awak lagi, sebab tadi kat dalam tadi pun saya dah banyak tolong awak,"

Aku pun angguk tanda setuju, cakap, "Okay,"

Tapi betullah, banyak dah dia tolong aku, kalau orang lain maybe kat dalam tu lagi dia dah bagi aku failed, pakcik tu kira baiklah bagi lagi aku chance walaupun mula-mula dah ada problem ngan handbreak, pergi berhenti kat lampu hijau pulak tu, handbreak tak check turun betul ke tidak sksksk last-last kali terundur kat persimpangan berbukit tu. Balik tu cam biasa lah, murung sebab adegan-adegan memalukan tadi asyik duk berulang-tayang dalam minda aku hahaha.

2nd Time Test JPJ;
Kali kedua ni cam singkat je masa dan membuang masa. Sebabnya, kan ramai orang pastu turn aku yang 29 macam tu. Pastu bahagian 2 aku failed kan bukit hshshshs. First naik, hon angkat tangan. Nak turunn tulah aku selalu problem weh aduyaii. Terundurrrrrr sekali, rasanya sebab terundur lebih garisan kuning tu yang dia suruh keluar terus. Bahagian 3 pulak hahahaha paling...... kritikal. Sebab? Haa, syok-syok bawak, rasa okay dah bawak, takde problem macam first, tapi dah nak sampai bulatan nak keluar dari institut memandu tu, makcik jpj tu cakap, "Nanti awak pusing balik ya dekat tempat mula tadi,"
Aku macam,, teringat balik punca dia cakap centu. Ha sudah, aku tak bagi signal masa nak buat olah gerak tadi. Sebab masa nak gerak ke apa kan kita kena bagi signal. Aku gerak ke kanan daripada kiri, patut bagi signal kanan, aku lupa nak bagi. *tepuk dahi* Aku diam, mengangguk je. Dia mesti macam pelik, kenapa budak ni tak tanya apa salah dia.

Dia pun tanya, "Awak tahu tak salah awak kenapa failed?"

Aku pun angguk, cakap, "Tahu, saya terlupa nak bagi signal masa gerak tadi,"

Dia pun, "Haah, patut tadi kan dari kiri, patut bagi signal apa?"

Masa ni aku blur-blur lagi pasal tu, aku just cakap, "Bukan kiri ke?"

"Patut tadi daripada kiri, awak patut bagi signal kanan, sebab awak ke kanan kan, tapi tadi awak tak bagi pun,"

Aku pun,terfikir sejenak, "Haah,"
Pastu kembalilah kami ke tempat permulaan tadi hahaha, tak sempat keluar institut memandu tu pun. Salah sendiri siapa suruh lupa.

3rd Time Test JPJ;
Kali ketiga ni, bahagian 2 alhamdulillah weh lulus hasil belas kasihan jpj hahahaha. Kisahnya begini, part bukit hahaha naik okay, nak turun tulah, kali pertama nak turun tu kereta mati, kali kedua mati, kali ketiga pun mati, pastu pakcik jpj tu cakap, "Awak ada lagi 2 minit untuk lepas,"

Aku cuaklah time dia cakap centu, pastu aku cakap, "OKAY,"

Kali keempat, mati lagi, dia tegur lah aku punya minyak tu yang kena tekan banyak lagi. Sampai kali keberapa tah, last-last kali dia cakap, "Lepas ni kalau awak tak lepas jugak, saya bagi failed je lah,"

Ha sudah, aku cam aku taknak faileddd, dengan bantuan Allah, time yang last kali tu, kereta hampir mati tau, tapi aku tekan minyak, so kereta tak jadi mati, and ya allllaahhhh, boleh gerak turunnn. *nangis jap*. Reaksi pakcik jpj tu macam, "Haa gerak pun," Aku dah sakit jantung takut failed lagi hukhuk, nasib baiklah haritu mood dia baik, kalau tak mesti dah failed dah hahahaha. Aduh lepas dah satu. Parking sisi lulus ngn okay, part tiga penjuruu ni lahhh aduiyaii, 3 gerakan, masuk, undur, keluar, aku dah okayy dah weh. Pastu part nak keluar tuu, aku patut bawak straight dulu, baru belok kiri bila divider dah selari ngn bahu, tapi bengong duk excited, lupa diri, belok kiri duluu, pastu hahahahhahahahahahah ternaik dividerr wehh HAHAHAHA dia tak suruh berhenti, aku pun bawak jelah macam biasa, tpi dah maki diri sendiri lah, tanya diri sendiri, "MACAM MANA KAU BOLEH TERNAIK DIVIDER??" pastu dah sampai tempat mula bukit tadi, cikgu D cakap, "Awak tahu tak tadi, awak dah ternaik divider tadi patutnya dah failed dah. Orang jpj tu tepuk dahi tengok awak tadi,"

Aku cam nak nangis hahahaha. Suara aku cam shaking sikit, cakap, "Saya dah tiga kali repeat...."

Pastu cikgu D tu cakap," Saya dah 13 tahun jadi cikgu mengajar,"

Pastu dia cam, "Takdelah saya gurau, dia tak nampak tadi tu,"
Ya ampunn, tak tahulah nak percaya ke tidak, keluar kereta tu pergi kat bahagian selekoh Z ngn S. Dalam tunggu turn tu aku cam, aku ni lepas ke tadi tu? Kang buat malu, datang sini takde nama. Tunggu punya tunggu, dalam beberapa minit lepas tu cikgu R panggil nama aku untuk buat selekoh Z ngn S. Ya allah, lega weh aku boleh pass yang tu. Aku bersyukur sangat wehhh. Takde keyboard emoji pulak kat sini, kalau ada aku spam dah emoji menangis. Nasib baiklah selekoh Z ngn S aku dapat buat ngn baik, kalau tak failed lagi dah aku. Haish alhamdulillah lah aku pass dah bahagian 2 situ.

Bahagian 3 pulak.. Awal-awal okay dah, smooth je, kat persimpangan bukit tu pun aku takde terundur, sekali pass je. Pastu dia suruh u-turn awal, aku cakap, kat mana ni nak u-turn sebab biasanya kan buat full kan, ttibe dia nak buat u-turn awal, time nak u-turn tu kan kena berhenti, aku berhentilah, tapi dia macam marah sikit, "Kenapa awak buat emergency break kat sini?!" Aku confused lah, sebab aku rasa, memang nak kena berhenti sebelum garisan putih pastu nak buat u-turn, cikgu aku ajar suruh berhenti sebab nak tukar daripada gear 4 ke 1. Aku pun diam jelah. Tak tahu nak cakap apa. (Lepas tu baru aku tahu, cara aku berhenti haritu rupanya dia cakap emergency break, sebab aku tak berhenti slow-slow, dia cam mengejut centu hahahaaha tu pasal dia marah) Pastu dah u-turn tu, nak balik ke institut memandu ni lah yang tempat persimpangan berbukit tu, aku berhenti lah kat garisan garis-garis, tukar gear 2. Nak gerak kanan masuk simpang tu, aku lepaskan clutch perlahan-lahan, tapi dia kata aku berhenti tengah-tengah jalan... Sebab tulah failed, walaupun dah habis buat jalan raya. Dia kata,"Awak lebih pentingkan garisan jalan tu daripada jalan tadi," Tapi kalau aku berhenti kat double line pun gagal nanti. Tu yang aku fokus garisan. Tapi masa nak gerak simpang tu aku dah tengok dah kiri kanan kiri, pastikan takde kereta. Pastu sampai tempat mula tadi, aku lupa nak neutral gear, gi lepas clutch. Terhenjut kereta, mati. Lagi dia marah, "Tengok, kereta mati pun awak tak tahu, gear awak tak letak neutral." Failed lagi aku bahagian jalan raya. Adalah hikmah dia failedkan aku, aku bukan pro mana bawak kereta kat jalan raya, aku bawak pun kadang bahaya gak. So, settle dah satu bahagian, tapi kena repeat balik bahagian jalan raya.

4th Time Test JPJ;
Finally,D-DAY!! Aku tak tahu pulak kalau dah lepas bahagian 2, takyah buat RPK dah. So lega dah situ satu, aku 3 kali repeat, 3 kali tu jugak aku kena buat RPK ahhahaha. Memang dah hafal dengan lancar dah RPK tu hshshsh. So aku turn keenam, orang last untuk yang manual repeat bahagian jalan raya. Alhamdulillah, pakcik jpj yang aku dapat tu baik. Masa tanya, "Jalan A ke B,"

Dia pun, "Awak pilih la mana-mana jalan yang awak nak,"

"Jalan A,"- Aku

"Awak dah berapa kali repeat ni?"

"Saya hahaha dah 4 kali repeat dah,"

"Huish 4 kali repeat, mesti dah pro dah. Ha! Harini saya bagi awak bawak jalan mana-mana yang senang untuk awak. Nanti failed salahkan kita pulak,"

"Bukan, salah orang tu," aku cakap, tapi bukan aku salahkan jpj.

"Salah orang tu? Dia buat apa?"

"Bukan, maksud saya, salah orang tu diri sendiri punya salah. Saya buat silap sendiri sebab tu failed,"

Pastu ada la dia cakap, cam tulah Melayu asyik suka nak salahkan orang bila gagal, ada lagi tapi aku lupa pulak. Ada jugak dia cakap, bangsa kita ni kena usaha lebih sikit centu rasanya, pastu aku cakap, "Betul," setuju dengan apa yang dia cakap hahaha

"Saya gagal sebab benda kecik je, macam haritu kali kedua repeat saya lupa nak bagi signal masa gerak tu, pastu failed," - aku

"Benda kecik? Lupa bagi signal tu kalau tiba-tiba tukar laluan tak bagi signal, boleh bawa maut tau? Berapa banyak kemalangan berlaku, sebab orang tak bagi signal?"

Dia mula bersoal tanya macam tu, aku pun cam, baru sedar, betul jugak ahahaha, bagi kita keciklah tapi impact dia besar, kesalahan besar jugaklah.

Kali ni lalu jalan A full lah, takde buat u-turn awal cam kali ketiga haritu. Mungkin sebab masa tu pun kul 10 lebih centu, so kereta pun tak banyak en so macam tak kalut mana. Sebab biasanya kalau jalan raya, tengahari ke pukul 1 centu baru buat, sebab ikut turn number lama en. Ni repeat jalan raya saja, so cam awal-awal lah, dia pun baru tanda 3 orang yg repeat (termasuk aku). Baik jugak pakcik jpj ni, nak tukar laluan pun dia cam guide tau ahahah, cam bagi signal dia cakap lah, "kalau takde kereta tu, terus je tukar laluan,"

"Awak bawak laju sikit, ngantuk saya awak bawak lambat-lambat. Bawak 45 ke 55 km/h pun dah okay, jangan lebih 60,"

Masa nak u-turn pun dia cakap,"Ha, takde kereta takyah berhenti sangat, teruskan je,"

"Saya ni dah macam cikgu mengajar memandu pulak," hahahaha betul pulak.

Masa nak masuk ke persimpangan bukit balik ke institut memandu dia cakap, "Takde kereta, teruskan je jalan," Sebab masa tu aku cam nak berhenti haahaha

Baik kan? hahaha nasib baik dapat orang jpj ceni. Walaupun aku ni jenis tak banyak cakap, tapi aku suka dia macam tu sebab kalau biasa orang jpj kan senyap je tak borak mana hahaha. Maybe dorang pun penat asyik duk ulang alik lalu jalan sama je, aku pun orang ke berapa dah yang dorang kena evaluate hahaha. Alhamdulillah bahagian 3 jalan raya ni, lulus tanpa sebarang kesilapannn. Syukurrr yakmat aku akhirnya pass jugak weh.

Berapa banyak lagi aku kena bayar selain RM 1,500 sksks, sebab aku tanya cikgu M haritu, berapa RM kalau repeat test jpj. Dia kata RM 150 sekali repeat... maknanya cam 700++ jugaklah aku kena bayar... dia belum bagitahu lagi berapa ratus lagi kena bayar.. tapi tak cakap pun tahulah banyak.. tak campur ngn bayaran tambah masa untuk motor ngn kereta practice before test jpj tuuu. Apa-apa pun dah pass dah. Kalau tak tiap minggu nak kena nervous walaupun dah banyak kali kena repeat.. Tak tenang hidup aku.. hahahaha

So, pengalaman aku ni mungkin orang lain boleh ambil sebagai iktibar dan pengajaran kepada diri masing-masing. Banyak betul dugaan nak lulus lesen kereta, rezeki masing-masing kan. Mungkin ada orang yang lulus sekali test je, aku ni repeat sampai 4 kali ha baru nak lulus. Kalau gagal lagi, it's okay, keep trying until you have suceed. Be strong, aku ada gak rasa nak give up, cam takde harapan aku ni nak pass lesen kereta ni. Tapi alhamdulillah dengan izin Allah, dapat jugak lulus. Berkat usaha, doa mak ayah, rakan-rakan dan jugak buat solat hajat. Luluss jugaa.

Okaylah sampai disini sahaja untuk entri kali ini, rasa panjang dah ni aku tulis hahaha, it took me about almost 3 hours nak tulis ni. Thank you also for those who read my story, takdelah menarik mana cara aku cerita tapi aku suka share pengalaman aku macam ni. Yelah, nak cerita kat orang, takde member yang aku boleh cerita panjang-panjang macam ni hahaha Cerita panjang-panjang nanti bosan pulak. Thank you again yang sudi membaca kisah aku yang tak seberapa ni. So, I hope you guys have a nice day and stay safe!

Lots of love <3, Han.


No comments:

Post a Comment

Pengalaman Mengambil Lesen Memandu Kereta (D) dan Motor (B2) [4 Kali Repeat weh!!] - 2021/2022

  Assalamualaikum semua, So untuk entri kali ini, I want to tell you guys about my experience mengambil lesen memandu, iaitu lesen kereta ma...