Friday, December 27, 2019

Resepi Tauhu Bergedil Daging

Assalamualaikum,

So lepas beberapa bulan aku tak update kat blog ni, so for today, i'm going to post a recipe pasal Tauhu Bergedil Daging. Masuk kali ni, dah kali kedua aku buat tauhu bergedil ni, and masa first time tauhu bergedil ni memang menjadi ah buat, bangga jap ahhahaha.

Soooo, buat tauhu bergedil senang je, but.. Leceh sikit, but it's okay, bawak bersabar ya nak siapkan benda alah ni, nanti bila makan tu sedap yaampun. Aku guna daging kisar sebab family kitorang memang selalu guna daging kisar berbanding ayam kisar. So yeah..

Bahan-bahan:

1 paket tauhu goreng
4 biji kentang
Daging cincang ( ikut la berapa banyak nak guna, but aku guna separuh daripada minced beef tu)
Daun ketumbar
Garam secukup rasa
White Pepper secukup rasa
Bawang Putih&Merah (blender/tumbuk pun boleh)

Cara-cara:
 
1. Rebuskan kentang sampai dia masak. Toskan dan lenyekkan kentang tu.

Kentang yang dah dilenyek


2. Sementara tunggu kentang tu rebus, boleh start keluarkan isi tauhu goreng tu dulu. Potong dalam bentuk X kat atas tauhu tu, pastu korek isi dia letak dalam pinggan lain.

Begini ya lepas isi dia dah dikeluarkan
3. Pastu, panaskan minyak dan tumiskan bawang blender tu. Masukkan daging kisar tu and daun ketumbar sekali, gaulkan. Lepas korang dah rasa daging tu dah masak, tutup api tu.

Bawang putih & Daun sup (sebab takde daun ketumbar, aku guna daun sup)

Kuantiti daging kisar yang aku guna
4. Okay, lepas dah tutup api tu, masukkan kentang yang dah dilenyek tu tadi. Gaulkan kat dalam pan dan masukkan garam ngan white pepper secukup rasa. Gaul hingga sebati. Rasa la inti tu dulu, rasa secukup rasa ke tidak. 

Inti dah siap!
5. Pastu, ha yang ni proses dia leceh sikit. Masukkan inti tu dalam tauhu yang dah keluarkan isi tu. 

Inti dah dimasukkan dalam tauhu
6. Ha lepas dah masukkan semua tu, sebelum nak goreng tu korang kena 'balutkan' dengan telur dulu. Em maksud aku kena celup telur dulu. Maksud aku macam nak goreng ayam kan kena celup telur dulu before tepung, ha gitu

Ni dah kena celup ngan telur


7. Okay, last step! Panaskan minyak, tunggu minyak  tu panas dan bolehla goreng tauhu bergedil tu. Siap!

Goreng tauhu bergedil
Tauhu bergedil ni sedap kalau makan dengan kicap pedasss (ke sambal kicap erh).


Untuk sambal kicap, aku guna kicap, potong cili merah ngan sambal cili. Itu je, takde lah handal sangat buat sambal kicap, asal ada rasa kicap ngan rasa pedas tu aku dah okay dah hahaha.
So, sampai disini sahaja ya untuk entri kali ni. Harap resepi ni dapat membantu korang untuk buat Tauhu Bergedil Daging dengan jayanya! Bye!


Pengalaman Mengambil Lesen Memandu Kereta (D) dan Motor (B2) [4 Kali Repeat weh!!] - 2021/2022

  Assalamualaikum semua, So untuk entri kali ini, I want to tell you guys about my experience mengambil lesen memandu, iaitu lesen kereta ma...